Saringan Kesihatan Sempena Program Mesyuarat Khairat Kematian Masjid Matang Jelutong
28 Julai 2025 | Aktiviti TerkiniPada 27 Julai yang lalu, staf NADI berpeluang bersama-sama komuniti Majlis Khairat Kematian Masjid Jamek Tuanku Hajah Haminah Matang Jelutung di dalam memenuhi jemputan untuk mengadakan saringan kesihatan bersama penduduk.
Mesyuarat ini telah melibatkan ramai ahli kariah masjid di mana sambil bermesyuarat, kami turut menjalankan saringan kesihatan seperti bacaan gula dalam darah, tekanan darah dan BMI. Tujuannya tak lain tak bukan, untuk bantu memantau tahap kesihatan komuniti kita.
Tahniah dan terima kasih kepada ahli masjid di dalam memantau tahap kesihatan semua!
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: